Friday, December 28, 2012

Gerai jualan JambooPutri



Perniagaan mempunyai rezeki 9 dari 10

(dari Jus Jambu 88)
Masing-masing dari kita memiliki kemampuan diri yang berbeza dari yang dimiliki orang lain. Kadang-kadang kesempatan untuk menjadi produktif pada seseorang berbeza dari kesempatan yang dimiliki orang lain. Demikian pula, peluang pekerjaan dan kesempatan kerja pada tiap orang tidak selalu sama.
Kata-kata di atas hanyalah sekadar renungan tetapi apa yang ingin saya kongsikan pada entri kali ini adalah berkenaan hasil rezeki yang diperoleh daripada perniagaan. Barangkali sudah kerap kali kita mendengar orang membaca hadis “Sembilan per sepuluh daripada rezeki ada pada perniagaan”.
Bahkan saya seringkali juga diajak oleh rakan-rakan untuk menyertai perniagaan MLM dan mereka juga membaca hadis ini bagi meyakinkan saya akan pendapatan yang bakal diperoleh daripada hasil perniagaan.
Saya ada analisis menarik untuk dikongsikan. Saya sempat berbual dengan kakak yang menjual air jus jambu ini dan berikut adalah fakta-fakta yang saya dapatkan:-
  • Perniagaan air jus jambu ini dijual secara franchise dengan modal permulaan RM 2000.
  • Air jus jambu ini dijual dengan harga RM 1.50 (biasa) dan RM 2.00 (special).
  • Purata jualan setiap hari lebih kurang RM 150 bergantung kepada keadaan cuaca dan jualan biasa mencecah RM 400 sehari.
  • Setiap hari penjual gerai membeli jus jambu (pati) yang dijual dengan harga RM 40 (10 liter).
  • Purata penjual gerai membeli setiap hari pati jus jambu adalah 20 liter.
Berapakah pendapatan yang diperolehi setiap dari tauke jus jambu ini dan penjual gerai dalam masa sebulan. Kita mulakan dengan taukenya dahulu tetapi sebelum itu kita harus membuat beberapa andaian.
  • Setiap tauke jus jambu memiliki 5 gerai
  • Setiap hari tauke jus jambu ini mendapat keuntungan bersih sebanyak RM120 hasil daripada jualan pati jus jambu kepada penjual gerai yang membelinya secara purata setiap hari 30 liter.
Maka, pendapatan taukeh jus jambu dalam sebulan:
Pendapatan penjual gerai dalam sebulan (dari jualan jus dan jambu)
RM 150 x 30 hari = RM 4500 sebulan

Kos niaga termasuk Ais, Cawan plastik, Straw, Air gula, pati jambu...
(kurang dari RM80 x 30 hari = RM2400

Keuntungan jualan dari 5 gerai adalah (RM4500 - RM2400) iaitu RM2100 x 5 = RM10500

Itulah pendapatan yang diperolehi oleh tauke dan penjual jus jambu ini. Ini tidak termasuk jualan air tin, mineral, buahan potong dan lain-lain.

Mungkin jika dinisbahkan pendapatan sebulan si tauke itu dengan pendapatan kakitangan kerajaan bisa saja dianggarkan 9:1. Barangkali mungkin analisis sederhana saya ini tidaklah terlalu tepat kerana belum mengambil kira kos-kos yang lain tetapi rasanya bisa saja diterima.